Friday, 6 September 2013

happy birthday

happy birthday,
selamat hari lahir,
sannah helwa,


ucapan tu akan diucap pada ulangtahun kelahiran seseorang, tapi persoalan ana disini,
perlukah kita sendiri menyambut hari ulangtahun kelahiran kita tu?
pada pendapat ana, ulangtahun hari lahir tu bukanlah hari yg kita patut diraikan,
tahukah kita siapa yg bersusah payah, berpenat lelah, dan bertarung nyawa untuk kelahiran kita itu.
jawapannya adalah IBU kita,
sepatutnya IBU lah yang patut gembira dan diraikan, sekurang-kurangnya ucaplah terima kasih pada IBU,

terima kasih kepada mami ku yg telah bnyk susah payah untuk kehidupanku,
itulah sedikit dari pandangan ana untuk hari kelahiran, kalau di hari kelahiran ana, ana x inginkan hadiah atau ucapan dari semua, tapi yg ana ingin kan cukup lah doa kesejahteraan hidup ana dan keluarga ana..

Wednesday, 14 August 2013

STOKIN KULIT ( khuf )

assalamualaikum,

arini atas permintaan sahabat ana nak tulis sedikit apa yg ana tahu tentang stokin kulit(khuf),
khuf adalah sejenis stokin yg diperbuat dari kulit yg menutupi smpai atas buku lali, ianya diguna secara meluas bagi org arab pada zaman rasulullah kerana ketahanan nya,
apakah fungsi khuf? ia adalah untuk melindungi dari kesejukan pada kaki,
musim sejuk adalah waktu yg sangat susah untuk mengambil wudhu kerana kesejukan air yg tramat, air panas pula x menentu, kadang2 x ada, kadang2 panas sangat, pastu ditambah pula dengan tandas di negara luar yg kebanyakan nya x ada kemudahan tempat wudhu.

jadi kesimpulannya guna la khuf, islam itu mudah bagi yg mengambil berat tentangnya,

stokin kulit(khuf)

islam itu mudah, ia bagi kita kemudahan, kemudahannya dengan menyapu air pada khuf tanpa perlu membasuh kaki pada singki yg tinggi ketika ambil wudhu,

syarat menyapu khuf:
Bagi membolehkan kita menyapu di atas khuf, hendaklah ketika memakainya kita berada dalam keadaan suci dari hadas iaitu memakainya dalam keadaan berwudhuk. Mughirah bin Syu’bah r.a. menceritakan; “Saya bersama Nabi s.a.w. dalam satu perjalanan (musafir). Saya ingin menanggalkan dua khuf (kasut) beliau. Namun beliau berkata; ‘Biarkanlah. Saya menyarungnya dalam keadaan  saya sudah bersuci (yakni berwudhuk)’. Beliau kemudian hanya menyapu ke atas dua khufnya (semasa mengambil wudhuk)”. Hadis riwayat Bukhari, Muslim

cara menyapu khuf:
berwudhu dengan sempurna sebelum memakai khuf, kemudian bila batal wudhu dalam tempoh masanya, cukup dengan menyapu air diatas khuf,

tempoh masa khuf: 
bagi yg bermukim mcam kita yg dalam kesejukan sehari semalam, dan bagi yg musafir jauh 3 hari 3 malam tanpa membukanya,

perkara yg membatalkan khuf:
buka khuf, habis tempoh masa pemakaiannya dan berlaku hadas besar,

itula sedikit yg ana tahu tentang khuf,sabda nabi muhammad S.A.W.
Permudahkanlah dan janganlah kamu menyusahkan…” [Hadis riwayat Bukhari]

stokin org pkai berenang

mungkin susah nak cari stokin kulit tu masa trdekat, bleh try cari kat langkawi stokin kalis air ni, klau kat malaysia saja2 pakai memang brpeluh la kaki, tapi ia elok dipakai pada cuaca sejuk disana.

maaf ye, ana x reti sangat nak menulis dalam blog ni, semoga ia bermanfaat kepada semua.

Monday, 29 July 2013

Bahagia



BAHAGIA
apakah itu bahagia?
semua manusia nak bahagia, bohong la kalau kata tak nak bahagia.. tapi tahukah kita apa makna bahagia tu?
ramai orang yang anggap bahagia itu ada pada harta dan duniawi, kadangkala ada yg irihati melihat jiran rumah besar, kawan kereta mewah, dan macam-macam irihati pada harta duniawi lagi, TAPI
bagi ana kebahagian hakiki itu adalah ketenangan hati yang mengingat ALLAH, bila jernih hati seseorang itu dan damai dengan cinta ALLAH maka di situ lah terletak nya cinta yg hakiki untuk membuatnya bahagia selamanya. 

selaras dengan firman ALLAH


"iaitu orang2 yg beriman dan tenang(bahagia) hati mereka dengan zikrullah, ketahuilah dengan 'zikrullah' tenanglah hati itu. (surah ar-rad ayat 28)

Rasullullah S.A.W telah bersabda,
"bahawasanya dalam tubuh manusia ada seketul daging. jika ia baik, maka baiklah seluruh badannya, tapi jika ia rosak, maka rosaklah seluruh badannya.. ianya adalah hati".. (H.R.bukhari & muslim)


Rasullulah S.A.W juga telah bersabda,
"bukan kekayaan itu dengan banyak harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati"kaya hati yg dimaksudkan itu adalah hati yg tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yg ada (bersyukur dengan apa yg ada)


bahagia bukan dengan memiliki semua yg kita cintai,
tapi bahagia adalah bila kita cinta semua yg kita miliki.

selamat mencari BAHAGIA

Thursday, 20 June 2013

WALL FACEBOOK vs JEWS WALL

assalamualaikum,
hari ni ana nak tulis tentang facebook, tahukah anda siapa pengasas facebook? pengasas nya adalah mark zuckerberg, yg telah dilahirkan pada 1984 di new york, dan dibesarkan sebagai yahudi, dan pada umur 13tahun dia telah sempurna menjalani bar mitzvah yakni upacara yang dilakukan apabila orang yahudi cukup umur(baligh), dan dia sendiri mengelar dirinya sebagai atheist, ini lah sedikit info tentang pengasas facebook, jadi kepada semua pengguna facebook, hati hati, jangan lalai dengan facebook.

Pernahkah anda tahu kenapa di facebook diguna istilah wall(dinding)???
ia adalah kerana bagi orang yahudi, setiap masalah mereka, mereka akan luahkan pada wall jarusalem, Al-quds..


inilah cara orang yahudi mengadu dihadapan dinding

Tengoklah, betapa liciknya permainan mereka, tapi ramai antara kita yang terperangkap,
kita sebagai muslim, kita kena mengadu hanya kepada allah.. tapi lihat lah, betapa ramai antara kita yang ada masalah mengadu di wall facebook, menulis nak bagitahu smua orang, mari lah sama sama kita berubah, mengadu lah segala masalah kita pada allah..

mengadu lah segala masalah kita kepada allah
maafkan ana kalau ada salah silap dalam penulisan yang teruk ini, ana baru belajar, sila beri tunjuk ajar,
ana bukan nak tujukan kepada mana mana individu tertentu, ini hanya peringatan bersama..
ana tak mengyahudi kan orang islam yang mengadu di wall facebook.. tapi ini hanya PERINGATAN

Monday, 17 June 2013

Kali pertama tulis blog

Ana seorang insan yang lemah, tetapi sentiasa mempunyai harapan yang tinggi, cita-cita ana ingin menjadi seorang manusia yang berguna kepada agama dan seluruh umat islam..
Ini kali pertama ana menulis dalam blog, sebenar nya ana memang tak tahu langsung tentang blog ni tapi ana cuba menulis untuk belajar..
Tujuan ana buat blog ni untuk berkongsi ilmu pengetahuan yang mungkin akan jadi keperluan kepada kita smua..
Last sekali ana nak minta maaf kepada siapa saja yang membaca post ini, maaf kan ana, ana baru nak belajar, bahasa melayu ana pon banyak yang salah.. Maafkan ana..

Sila beri tunjuk ajar..