Monday, 29 July 2013

Bahagia



BAHAGIA
apakah itu bahagia?
semua manusia nak bahagia, bohong la kalau kata tak nak bahagia.. tapi tahukah kita apa makna bahagia tu?
ramai orang yang anggap bahagia itu ada pada harta dan duniawi, kadangkala ada yg irihati melihat jiran rumah besar, kawan kereta mewah, dan macam-macam irihati pada harta duniawi lagi, TAPI
bagi ana kebahagian hakiki itu adalah ketenangan hati yang mengingat ALLAH, bila jernih hati seseorang itu dan damai dengan cinta ALLAH maka di situ lah terletak nya cinta yg hakiki untuk membuatnya bahagia selamanya. 

selaras dengan firman ALLAH


"iaitu orang2 yg beriman dan tenang(bahagia) hati mereka dengan zikrullah, ketahuilah dengan 'zikrullah' tenanglah hati itu. (surah ar-rad ayat 28)

Rasullullah S.A.W telah bersabda,
"bahawasanya dalam tubuh manusia ada seketul daging. jika ia baik, maka baiklah seluruh badannya, tapi jika ia rosak, maka rosaklah seluruh badannya.. ianya adalah hati".. (H.R.bukhari & muslim)


Rasullulah S.A.W juga telah bersabda,
"bukan kekayaan itu dengan banyak harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati"kaya hati yg dimaksudkan itu adalah hati yg tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yg ada (bersyukur dengan apa yg ada)


bahagia bukan dengan memiliki semua yg kita cintai,
tapi bahagia adalah bila kita cinta semua yg kita miliki.

selamat mencari BAHAGIA