Wednesday, 14 August 2013

STOKIN KULIT ( khuf )

assalamualaikum,

arini atas permintaan sahabat ana nak tulis sedikit apa yg ana tahu tentang stokin kulit(khuf),
khuf adalah sejenis stokin yg diperbuat dari kulit yg menutupi smpai atas buku lali, ianya diguna secara meluas bagi org arab pada zaman rasulullah kerana ketahanan nya,
apakah fungsi khuf? ia adalah untuk melindungi dari kesejukan pada kaki,
musim sejuk adalah waktu yg sangat susah untuk mengambil wudhu kerana kesejukan air yg tramat, air panas pula x menentu, kadang2 x ada, kadang2 panas sangat, pastu ditambah pula dengan tandas di negara luar yg kebanyakan nya x ada kemudahan tempat wudhu.

jadi kesimpulannya guna la khuf, islam itu mudah bagi yg mengambil berat tentangnya,

stokin kulit(khuf)

islam itu mudah, ia bagi kita kemudahan, kemudahannya dengan menyapu air pada khuf tanpa perlu membasuh kaki pada singki yg tinggi ketika ambil wudhu,

syarat menyapu khuf:
Bagi membolehkan kita menyapu di atas khuf, hendaklah ketika memakainya kita berada dalam keadaan suci dari hadas iaitu memakainya dalam keadaan berwudhuk. Mughirah bin Syu’bah r.a. menceritakan; “Saya bersama Nabi s.a.w. dalam satu perjalanan (musafir). Saya ingin menanggalkan dua khuf (kasut) beliau. Namun beliau berkata; ‘Biarkanlah. Saya menyarungnya dalam keadaan  saya sudah bersuci (yakni berwudhuk)’. Beliau kemudian hanya menyapu ke atas dua khufnya (semasa mengambil wudhuk)”. Hadis riwayat Bukhari, Muslim

cara menyapu khuf:
berwudhu dengan sempurna sebelum memakai khuf, kemudian bila batal wudhu dalam tempoh masanya, cukup dengan menyapu air diatas khuf,

tempoh masa khuf: 
bagi yg bermukim mcam kita yg dalam kesejukan sehari semalam, dan bagi yg musafir jauh 3 hari 3 malam tanpa membukanya,

perkara yg membatalkan khuf:
buka khuf, habis tempoh masa pemakaiannya dan berlaku hadas besar,

itula sedikit yg ana tahu tentang khuf,sabda nabi muhammad S.A.W.
Permudahkanlah dan janganlah kamu menyusahkan…” [Hadis riwayat Bukhari]

stokin org pkai berenang

mungkin susah nak cari stokin kulit tu masa trdekat, bleh try cari kat langkawi stokin kalis air ni, klau kat malaysia saja2 pakai memang brpeluh la kaki, tapi ia elok dipakai pada cuaca sejuk disana.

maaf ye, ana x reti sangat nak menulis dalam blog ni, semoga ia bermanfaat kepada semua.

1 comment: